Friday, November 28, 2008

berubah untuk keserasian

Menyedari keadaan dengan melihat situasi, bila berlaku krisis yang berulangkali bererti tidak ada keserasian. Yakinlah bahawa kita tidak mampu mengubah orang lain, tapi kitalah yang mesti berubah .

Wednesday, November 19, 2008

ada yang tertinggal


Agak lama detik waktu berlalu tanpa sebarang catatan menarik yang boleh dikongsikan bersama. Kesibukan yang tak mengira waktu ditambah dengan kesihatan yang agak terganggu. Well, memang tiada apa yang menarikpun kebelakangan ni. Selain dari ila dah kembali meneruskan semesternyer. Nampak bersemangat sekali dier.. mudah mudahan dapat result terbaik yang diharapkan penghujung semester nanti. Lepas tu nanti, bertambah dekatlah tempat belajar ila ngan umah yer...

Pagi tadi call angah, last paper untuk semester ni. Good Luck angah! semoga boleh dapat tambah pointer cgpa tu ya.

oh yer..
Tragedi yang mengharukan pagi isnin lepas. Balik hantar ila kat kolej, masa nak sidai baju dengar bunyi prang!!! masuk dalam tengok rumah labi dah terbalik! ada kucing hitam masuk rumah sebab lupa nak tutup pintu semula masa sidai kain tu. Cemas gak cari labi sekeliling ruang tamu tapi hampa.. either dia lari lintang pukang takutkan kucing atau maybe sempat diterkam sikucing hitam tu.. along berlari turun tangga bila dengar bising2 tu. Bila dia tengok labi xada dalam rumahnyer,apalagi, meraung la dier... sedih dan more to rasa bersalah betul pagi tu. Hmm apa alasan pulak nak bagitau kat ila nanti.

Petang tu jugak balik keje lepas maghrib pergi carrefore cari pengganti labi, ingat nak letak nama dier porche plak. Tapi along tetap nak panggil labi, ikutla apa2 yang ok, xkisah.

Thursday, November 6, 2008

Kedukaan itu adalah..


Seorang teman pernah menulis, menghantarkan poskad dengan kata-kata " kedukaan adalah kebahagiaan yang tertunggak untuk hari esuk". Poskad itu aku terima awal sembilan puluhan dulu sewaktu aku merasakan seolah bumi menghempap kepala dan tubuh ini.. saat dimana aku merasa tiada apa yang mampu mengembalikan senyum diwajah ini.


Hampir 15 tahun kemudian.. aku faham apa maksud bait-bait ayat tersebut. Malah dengan berani aku menambah bahawa kedukaan itu umpama air hujan yang turun dengan lebatnya, membasahi muka bumi dan menghanyutkan segala sampah sarap tetapi apabila berakhir tempuh itu akan ujud bumi bersih dan tanah yang subur, mampu menumbuhkan apapun biji benih yang ditanam. Tumbuh tumbuhan pun mengeluarkan daun dan bungaan yang indah menawan.


Tuesday, October 28, 2008

Mencari ruang atau mencuri ruang waktu..
hmm lega rasanya da time balik ni, meski tugasan ada lg menanti untuk di up datekan. HOD oteh mc lg minggu ni kena cengkering, cian kan.. mudah2 dier cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

Malam ni ada ceramah Ustaz Harussani di Masjid Biru Taman Melawati, cadang nak gi insyaAllah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pening juga memikirkan, apa yang terbaik untuk dikongsi bersama, memang hobi mencatat apa yang terlintas dikotak fikir ni, barangkali sebab itulah diary oteh tak banyak ruang kosong yang tertinggal malahan nak mencukupkan duabelas bulan dalam setahun tu sekurang2nya dua buah buku.


Tetapi catatan ni biarla menjadi manfaat pada yang membaca bukan sekadar menulis ikut suka atau sekadar melepas batuk ditangga..

Monday, October 27, 2008

Salam

hi hi. testing jer