Monday, November 16, 2009

TAWAU DALAM KENANGAN 2







TAWAU DALAM KENANGAN

Pengalaman 3hari 2 malam kami di Tawau, something so special to remember. percutian yang telah kami rancang 3 bualan lebih awal, semuanya nampak dipermudahkan. Kenalan lama papa menyambut kami dan melayan kami tahap 4*. Thank you for the hospitality guys!

Hari pertama kami terus ke Semporna dengan kenderaan yang di taja oleh Ambran, lengkap dengan minyak lagi. Di Semporna kami menuju ke Dragon Inn rumah air dengan binaan yang sangat unik dan menarik. Pemandangan indah dengan di kelilingi pulau-pulau kecil yang sungguh menarik. Rancangan untuk mengelilingi pulau tidak kesampaian kerana waktu sudah lewat untuk menyewa bot. Kami agak terkilan terutama Ila. Hasrat untuk bersnokling juga tidak tercapai.