Thursday, January 29, 2009

Indahnya bumi Tuhan..



















Sempena cuti tahun baru cina baru2 ni kami sekeluarga sempatlah meluangkan masa ke Cameron Highland. bertolak dari rumah pukul 11 pagi lebih kurang. masing-masing excited nak pergi. Tak sangka pulak angah pun nak join sama. Onthe way tu, masyaAllah., jem giler! mujurlah papa under control..

Kami sampai ke Simpang Pulai hampir pukul 2.30pm. Berhenti untuk lunch dan masing-masing berkejar ke toilet di restoren yang nampak macam baru dibina.

Papa order nasi ayam goreng yang sampai nasi goreng ayam.. hehehe, papa redha jer.. angah cuba-cuba rasa tapi habis separuh gak lah. Along plak macam biasa dengan menu kue teow gorengnye, ila minta nasi ayam. mama pulak teruja dengan menu mee bandung, sayangnya yang tiba mee bandung ala ala siam.. alhamdulillah, kenyang jugak kan.

Pukul 3.30 perjalanan diteruskan ke tanah tinggi cameron. dengarnya masih ada lebih kurang 2 jam perjalanan untuk sampai ke atas tu.. Ya Allah selamat dan permudahkan perjalanan kami.. pemandangan sepanjang melalui lebuh raya baru ni memang indah. Kehijauan hutan yang masih menebal dan jalan yang sungguh mengujakan! Cuaca pun nampak terang, Alhamdulillah.

No comments: